Senaraikan 5 impian anda:
Apabila aku kaya,
1. Memiliki rumah diluar negara. Kenapa di luar negara? Kena tanya kepada siempunya impian.
2. Memandu kereta jenama ltaly. Luar negara lagi.
3. Bebas kewangan. Nak apa saja, keluar dompet boleh beli.
4. Pendidikan anak2. Bagus ni. Seimbangkan pendidikan duniawi dan akhirat.
5. Menolong ibu dan ayah.
Senarai diatas adalah impian orang muda. Manakala senior pulak berimpian begini:
1. Hubungan dengan ALLAH. Merasakan ALLAH lebih dekat dengan kita. Apa2 saja didunia ini hak milik mutlak ALLAH. Berbanyak2 beribadah , lakukan semua suruhan dan tinggalkan semua larangan.
2. Hubungan dengan manusia. Menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar. Perbaiki akhlak.
3. Banyak bersedekah . Banyak berinfaq. Banyak jumlahnya supaya berbekas sumbangan kita itu.
4. Dan 5. Biarlah rahsia....
Inilah muqadimah soalan pencetus minda pembuka bicara program anjuran shaklee baru2 ni.
Saya kedepan berkongsi impian saya . Bukan senang saya yang selalu malu dan pendiam boleh secara sukarela kedepan mencerita impian saya jika dengan izin ALLAH YA WAHHAB berjaya dalam perniagaan shaklee. Semangat tu datang apabila orang2 muda asyik mengutamakan impian materealistik dunia sahaja.
Alhamdulillah jugak kerana saya dibawah kumpulan yang mendahulukan ALLAH dalam semua perkara yang dilakukan.
Ya ALLAH , jadilah daku alatMu yang membahagikan dan berkongsi pemberian Mu dengan semua makhlukMu. Hingga mereka merasa betapa kasihnya ENGKAU,betapa sayangnya ENGKAU kepada mereka.
Ameen
No comments:
Post a Comment