Salam Jumaat.
Ya ALLAH. Jauhkan, hindarkan kami dari sifat bakhil lagi kedekut.
Jom kita lihat sifat kedekut dari satu perspektif yang agak berbeza.
Selalunya sifat kedekut dikaitkan dgn kedekut duit, kedekut senyuman dan kedekut ilmu.
Kisah berlaku semasa cuti sekolah yang lepas. Anak2 yang masih ber sekolah rendah selalunya lebih fokus kepada kerja mereka. Azan bergema menyeru umat Muhammad SAW bersolat. Anak ini cepat2 menunaikan solat. Alhamdulillah solat diawal waktu.
Selesai solat, anak ni memberitahu ibunya, "mak, adik dah solat, adik solat awal dari mak".
Mujur mak ni tak terus sergah anak ini. Diberinya pujian dulu, ALHAMDULILLAH, adik solat awal waktu. Anak ini tersenyum puas.
Mak ini meneruskan tegurannya,"Tapi adik kedekut". Anak heran,"why?"
Mak menjelaskan, "kita tak boleh kedekut, kenapa solat sorang diri?" "Bila ajak mak solat bersama-sama, kan dapat pahala 27 darjat lebih dari solat sendirian.!".
Anak mengiyakan.
Esok dilakukan lagi. Teguran terus diberikan.
Ya ALLAH, Ya LATIF, Jadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah.
Nilai moral dari cerita di atas,
1. Solat berjemaah.
2. Teguran / pengajaran yang berterusan.
3. Jangan putus asa.
Wassallam.
Shaklee Independant distributor,
013 489 9964
No comments:
Post a Comment